23 September 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

23 September 2014: Hotel GoodHope, Johor Bahru.
Johan - Negeri Johor
Tempat kedua- Negeri Kedah
Tempat ketiga - Negeri Perak

MAJLIS PENUTUPAN RASMI

23 September 2014 : Hotel Good Hope, Johor Bahru
Tuan Hj Mohd Anuar Abdul Hamid
Majlis penutupan rasmi Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 melaburkan tirainya apabila Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia menyampaikan ucapan perasmian penutup di Hotel GoodHope, Johor Bahru.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana Johor menjadi tuan rumah dan berjaya menganjurkan pertandingan serta majlis penutupan yang gilang gemilang di Hotel GoodHope Johor Bahru. Beliau mengingatkan peserta-peserta agar cemerlang di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. Kejayaan yang diperolehi sehingga peringkat kebangsaan ini menjadi satu kebanggaan kepada diri, ibu bapa, sekolah dan negeri masing-masing hendaklah diteruskan agar menjadi murid seperti mana 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Matlamat utama penganjuran pertandingan paluan kompang ini akan mencapai objektifnya, apabila keaslian seni budaya Melayu dapat diteruskan, dikekalkan dan diterapkan kepada generasi muda yang akan menerajui negara pada masa hadapan . Tambahnya lagi, kejuaraan bukanlah satu perkara yang menjadi keutamaan tetapi proses pembelajaran itu yang amat penting. Katanya lagi kejayaan murid dalam mematuhi arahan, berinteraksi dengan baik, semangat setiakawan yang terjalin di antara guru, jurulatih merupakan objektif utama dalam sesuatu pertandingan.

Pesanan beliau kepada jurulatih dan guru-guru bukan kejuaraan itu yang dikejarkan malah kegagalan dan kejayaan itu perlu diperjelaskan agar murid-murid tidak kecewa bila gagal dan tidak merasa terlalu bangga apabila berjaya, semuanya adalah untuk memantapkan kebijaksanaan mereka menjalani kehidupan pada hari esok.

Majlis penutupan ini dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Pn. Haslina Abd Rahman dan En. Mazlan Mastor.
Pengacara majlis penutupan
Persembahan zapin oleh Sutera Budaya, SK Bandar Pontian
Persembahan Kumpulan Angklong, SK Laksamana, Kota Tinggi
di bawah bimbingan Tn Hj Ismail Hj Hassan.

UCAPAN WAKIL RASMI PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

23 September 2014 : Ucapan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor

Wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor, menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah di Ballroom 1, Hotel Good Hope, Johor Bahru di hadapan peserta-peserta pertandingan malam tadi.

Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Anuar Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, En. Aznan Mohd Natar, Penolong Pengarah, BKK, Penolong-penolong Pengarah JPNJ; En. Azman Ansar dan En. Azhar Mokhtar, wakil-wakil pengarah pendidikan negeri, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang turut sama hadir pada malam ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan kompang yang telah menunjukkan persembahan yang baik dalam pertandingan di Mall of Medini, Nusajaya bermula jam 2.00 petang. Semoga usaha sebegini dapat mempertingkatkan diri pelajar bagi memenuhi 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DI MALL OF MEDINI, NUSAJAYA

23 September 2014: Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

Pengacara majlis pertandingan
Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan diadakan di Mall of Medini, Nusajaya, Johor. Sebanyak 16 buah negeri terlibat iaitu pasukan kompang Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Putraja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labun.