25 September 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) BANDAR TENGGARA 1, KULAIJAYA MENJADI JOHAN NASIONAL 2014

Pasukan Kompang Johor bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, BKK
JOHOR BAHRU 24 Julai - Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan tahun 2014 mencapai matlamat dan objektifnya apabila Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid berucap pada majlis penutupan rasmi serta penyampaian sijil dan hadiah di Hotel GoodHope, Johor Bahru baru-baru ini.

Sebanyak 16 buah pasukan mengambil bahagian iaitu negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak mengambil bahagian. Pasukan Kompang Johor meraih tempat pertama, diikuti Kedah dan Perak tempat ketiga.

Dalam ucapan beliau, 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) perlu diketahui oleh semua peserta iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional agar matlamat Falsafah Pendidikan menjadi kenyataan. Majlis itu diserikan lagi oleh persembahan zapin dari SK Bandar Pontian dan persembahan angklong dari SK Laksamana. Kota Tinggi, Johor.

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Aznan Md Natar; Ketua Unit Kokurikulum, Tuan Haji Kamarudin Mohamad Tahir dan Penolong Pengarah,Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azhar Mohtar.
Jurulatih pasukan Johor
Menurut jurulatih pasukan negeri Johor, S.Rudin Muhaya, pasukan kompang yang telah dibimbingnya sejak tahun 2007 itu memiliki seramai 35 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tahun tiga hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Kulaijaya.
"Paluan Kompang dan Formasi ini menuntut penyertaan aktif, berdisiplin, dan berfokus kerana ia memerlukan pemainnya untuk bergerak dan memukul kompang dalam 3 bentuk paluan iaitu melalu, meningkah dan menyilang."

Beliau mendapat bantuan dan sokongan padu daripada Rodziah Sapawi dan suaminya Ishar Jahuri selaku jurulatih dari Kelab Warisan Tenggara Gemilang (KWTG) yang turut sama memperkayakan gubahan pola irama, bentuk paluan, kualiti ton, tempo, dinamik dan ekspresi yang membentuk kreativiti yang menarik.

Katanya, antara kejayaan yang diraih pada tahun ini adalah Johan Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Mall of Meridi, Legoland, Nusajaya, Johor Bahru. " Sebenarnya, penghargaan juga perlu diberikan kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Elanggovan a/l Savarimuthu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Abd Hamid  Abd Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum, Zainuren Md. Din dan guru-guru pembantu yang terdiri daripada Zainal Abidin Kamarudin, Md Salam Rohani, Tuan Haji Ahmad Zaini Haron, Norlidyawati Syukri dan Tuan Haji Ahmad Sapari dari KWTG kerana banyak memberi sokongan dan bantuan kepada kejayan pasukan kompang sekolah.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Kulaijaya juga terkenal dengan pasukan kawad kakinya yang seringkali menjuarai pertandingan di peringkat nasional.
Pasukan kompang SK Bandar Tenggara 1
Amir Hazwan b. Ayob, Muhammad Aieman b. Mahadi, Muhammad Hafizuddin b. Aminullah, Muhammad Faridzuan b. Mohd Fauzi, Muhammad Airil Aiman b.Roshadi,Ahmad Hakim b. Jamil, Hazim Azhari HAirullizam,Muhammad Fahmib. Zailani, Muhammad Haziq b. Mohd Salim, Muhammad Aiman Najmi b. Ahmad Zaini, Muhammad Hasif Farhan b. Adi Sa'ari, Muhammad Firdaus b. Zaini,Arif Azizi b. Abd Rahman, Ahmad Hanis b. Hisyam dan Paeveen a/l Ravindran
Pasukan Kompang Negeri Johor

Pasukan Johor (SK Bandar Tenggara 1, Kulaijaya)

Johan Peringkat Kebangsaan 2014

Guru Besar
En. Abd Hamid bin Abd Kadir

P.K Kokurikulum
En. Zainuren bin Md Din

Guru Penasihat & Jurulatih
En. S.Rudin bin Muhaya

Jurulatih 2
Pn. Rodziah binti Sapawi
En. Ishar bin Jahuri

Guru Pembantu
En. Zainal Abidin bin Kamarudin
En. Md Salam bin Rohani
Tuan Haji Ahmad Zaini bin Haron
Pn. Norlidyawati binti Syukri

23 September 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

23 September 2014: Hotel GoodHope, Johor Bahru.
Johan - Negeri Johor
Tempat kedua- Negeri Kedah
Tempat ketiga - Negeri Perak

MAJLIS PENUTUPAN RASMI

23 September 2014 : Hotel Good Hope, Johor Bahru
Tuan Hj Mohd Anuar Abdul Hamid
Majlis penutupan rasmi Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 melaburkan tirainya apabila Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia menyampaikan ucapan perasmian penutup di Hotel GoodHope, Johor Bahru.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana Johor menjadi tuan rumah dan berjaya menganjurkan pertandingan serta majlis penutupan yang gilang gemilang di Hotel GoodHope Johor Bahru. Beliau mengingatkan peserta-peserta agar cemerlang di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. Kejayaan yang diperolehi sehingga peringkat kebangsaan ini menjadi satu kebanggaan kepada diri, ibu bapa, sekolah dan negeri masing-masing hendaklah diteruskan agar menjadi murid seperti mana 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Matlamat utama penganjuran pertandingan paluan kompang ini akan mencapai objektifnya, apabila keaslian seni budaya Melayu dapat diteruskan, dikekalkan dan diterapkan kepada generasi muda yang akan menerajui negara pada masa hadapan . Tambahnya lagi, kejuaraan bukanlah satu perkara yang menjadi keutamaan tetapi proses pembelajaran itu yang amat penting. Katanya lagi kejayaan murid dalam mematuhi arahan, berinteraksi dengan baik, semangat setiakawan yang terjalin di antara guru, jurulatih merupakan objektif utama dalam sesuatu pertandingan.

Pesanan beliau kepada jurulatih dan guru-guru bukan kejuaraan itu yang dikejarkan malah kegagalan dan kejayaan itu perlu diperjelaskan agar murid-murid tidak kecewa bila gagal dan tidak merasa terlalu bangga apabila berjaya, semuanya adalah untuk memantapkan kebijaksanaan mereka menjalani kehidupan pada hari esok.

Majlis penutupan ini dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Pn. Haslina Abd Rahman dan En. Mazlan Mastor.
Pengacara majlis penutupan
Persembahan zapin oleh Sutera Budaya, SK Bandar Pontian
Persembahan Kumpulan Angklong, SK Laksamana, Kota Tinggi
di bawah bimbingan Tn Hj Ismail Hj Hassan.

UCAPAN WAKIL RASMI PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

23 September 2014 : Ucapan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor

Wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor, menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah di Ballroom 1, Hotel Good Hope, Johor Bahru di hadapan peserta-peserta pertandingan malam tadi.

Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Anuar Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, En. Aznan Mohd Natar, Penolong Pengarah, BKK, Penolong-penolong Pengarah JPNJ; En. Azman Ansar dan En. Azhar Mokhtar, wakil-wakil pengarah pendidikan negeri, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang turut sama hadir pada malam ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan kompang yang telah menunjukkan persembahan yang baik dalam pertandingan di Mall of Medini, Nusajaya bermula jam 2.00 petang. Semoga usaha sebegini dapat mempertingkatkan diri pelajar bagi memenuhi 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DI MALL OF MEDINI, NUSAJAYA

23 September 2014: Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

Pengacara majlis pertandingan
Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan diadakan di Mall of Medini, Nusajaya, Johor. Sebanyak 16 buah negeri terlibat iaitu pasukan kompang Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Putraja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labun.


















22 September 2014

Ucapan Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

22 Sept 2014; Good Hope, Johor Bahru

Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia, En Aznan Mohd Natar

Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 dimulakan dengan acara pertama pada malam tadi dengan ucapan Yang Berbahagia Encik Aznan Mohd Natar, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia di Hotel Good Hope, Johor Bahru, Johor. 

Sebanyak 16 buah kontinjen yang terdiri daripada negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, negeri Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak turut mengambil bahagian pada tahun ini.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut selaku tuan rumah Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2014 ialah Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Johor untuk mengelolakan pertandingan tahun ini.

Turut hadir Encik Azhar Mokhtar, Penolong Pengarah, Bahagian Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor , penolong-penolong pengarah negeri, jurulatih dan guru-guru penasihat kompang negeri masing-masing.

Majlis ini dikendalikan oleh Pn. Haslima Emcee dan En Mazlan Mastor selaku juruacara. Program malam ini diteruskan lagi dengan acara taklimat pengurus-pengurus pasukan yang diketuai sendiri Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan taklimat kepada peserta-peserta pertandingan oleh En Azhar Mokhtar.

Pasukan kompang sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia
Taklimat pengurus pasukan dan peserta-peserta pertandingan