25 September 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) BANDAR TENGGARA 1, KULAIJAYA MENJADI JOHAN NASIONAL 2014

Pasukan Kompang Johor bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, BKK
JOHOR BAHRU 24 Julai - Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan tahun 2014 mencapai matlamat dan objektifnya apabila Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid berucap pada majlis penutupan rasmi serta penyampaian sijil dan hadiah di Hotel GoodHope, Johor Bahru baru-baru ini.

Sebanyak 16 buah pasukan mengambil bahagian iaitu negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak mengambil bahagian. Pasukan Kompang Johor meraih tempat pertama, diikuti Kedah dan Perak tempat ketiga.

Dalam ucapan beliau, 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) perlu diketahui oleh semua peserta iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional agar matlamat Falsafah Pendidikan menjadi kenyataan. Majlis itu diserikan lagi oleh persembahan zapin dari SK Bandar Pontian dan persembahan angklong dari SK Laksamana. Kota Tinggi, Johor.

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Aznan Md Natar; Ketua Unit Kokurikulum, Tuan Haji Kamarudin Mohamad Tahir dan Penolong Pengarah,Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azhar Mohtar.
Jurulatih pasukan Johor
Menurut jurulatih pasukan negeri Johor, S.Rudin Muhaya, pasukan kompang yang telah dibimbingnya sejak tahun 2007 itu memiliki seramai 35 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tahun tiga hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Kulaijaya.
"Paluan Kompang dan Formasi ini menuntut penyertaan aktif, berdisiplin, dan berfokus kerana ia memerlukan pemainnya untuk bergerak dan memukul kompang dalam 3 bentuk paluan iaitu melalu, meningkah dan menyilang."

Beliau mendapat bantuan dan sokongan padu daripada Rodziah Sapawi dan suaminya Ishar Jahuri selaku jurulatih dari Kelab Warisan Tenggara Gemilang (KWTG) yang turut sama memperkayakan gubahan pola irama, bentuk paluan, kualiti ton, tempo, dinamik dan ekspresi yang membentuk kreativiti yang menarik.

Katanya, antara kejayaan yang diraih pada tahun ini adalah Johan Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Mall of Meridi, Legoland, Nusajaya, Johor Bahru. " Sebenarnya, penghargaan juga perlu diberikan kepada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Elanggovan a/l Savarimuthu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Abd Hamid  Abd Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum, Zainuren Md. Din dan guru-guru pembantu yang terdiri daripada Zainal Abidin Kamarudin, Md Salam Rohani, Tuan Haji Ahmad Zaini Haron, Norlidyawati Syukri dan Tuan Haji Ahmad Sapari dari KWTG kerana banyak memberi sokongan dan bantuan kepada kejayan pasukan kompang sekolah.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, Kulaijaya juga terkenal dengan pasukan kawad kakinya yang seringkali menjuarai pertandingan di peringkat nasional.
Pasukan kompang SK Bandar Tenggara 1
Amir Hazwan b. Ayob, Muhammad Aieman b. Mahadi, Muhammad Hafizuddin b. Aminullah, Muhammad Faridzuan b. Mohd Fauzi, Muhammad Airil Aiman b.Roshadi,Ahmad Hakim b. Jamil, Hazim Azhari HAirullizam,Muhammad Fahmib. Zailani, Muhammad Haziq b. Mohd Salim, Muhammad Aiman Najmi b. Ahmad Zaini, Muhammad Hasif Farhan b. Adi Sa'ari, Muhammad Firdaus b. Zaini,Arif Azizi b. Abd Rahman, Ahmad Hanis b. Hisyam dan Paeveen a/l Ravindran
Pasukan Kompang Negeri Johor

Pasukan Johor (SK Bandar Tenggara 1, Kulaijaya)

Johan Peringkat Kebangsaan 2014

Guru Besar
En. Abd Hamid bin Abd Kadir

P.K Kokurikulum
En. Zainuren bin Md Din

Guru Penasihat & Jurulatih
En. S.Rudin bin Muhaya

Jurulatih 2
Pn. Rodziah binti Sapawi
En. Ishar bin Jahuri

Guru Pembantu
En. Zainal Abidin bin Kamarudin
En. Md Salam bin Rohani
Tuan Haji Ahmad Zaini bin Haron
Pn. Norlidyawati binti Syukri

23 September 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

23 September 2014: Hotel GoodHope, Johor Bahru.
Johan - Negeri Johor
Tempat kedua- Negeri Kedah
Tempat ketiga - Negeri Perak